BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 23

TAKABUR ....

Sambungan dari Kitab Hidayatussalikin

Sifat Keji yang ke 8... Kibir...atau takabur, iaitu membesarkan diri, maka sebesar-besar penyakit dan maksiat yang di dalam hati yang dicela oleh syarak. Seperti firman Allah Taala yang bermaksud;
Masuk segala kamu hai orang-orang kafir akan pintu neraka hal keadaan kekal mereka itu di dalamnya maka neraka itu sejahat-jahat tempat orang yang membesarkan diri mereka itu

dan firman Allah Taala lagi yg membawa maksud;

tdakkah di dalam neraka jahanam itu tempat bagi orang yang membesarkan diri mereka itu yakni sesungguhnya di dalam neraka itu iaitulah tempat bagi segala orang yang mmbesarkan diri.
Dan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
tidak akan masuk syurga seseorang itu yang di hatinya ada setimbang semut yang kecil daripada biji sawi dari KIBIR (takabur).



dan sabda nabi s.a.w lagi yg bermaksud;

Dihimpunkan akan segala orang yang takabur itu pada hari Kiamat seperti rupa semut yang kecil padahal memijak akan mereka itu oleh segala manusia kerana sangat hina mereka itu pda Allah Azzawajalla.
Dan sabda nabi s.a.w lagi yang bermaksud;

Barangsiapa merasa besar dalam dirinya dan takjub ia di dalam perjalanannya, nescaya mndapati ia akan Allah Taala, padahal Allah Taala itu sangat murka atas mereka itu.

Syahadan bermula hakikat kibir itu bahawa dilihat seorang akan dirinya itu terlebih tinggi dan terlebih besar dan terlebih mulia daripada orang yang lain, dan melihat pula hina pada orang lain.

Tanda2 kibir itu antaranya nyata pada lidah, seperti berkata ia, aku baik daripada si polan.dan aku mulia dari sipolan...seperti kata iblis laknatullah yang di hikayatkan di dalam Al quran
ertinya; aku terlebih baik darinya (Adam), engkau jadikan aku dari api dan engkau jadikan dia dari tanah.
dan adakalanya nyata pada kedudukan seperti ia meninggikan kedudukannya
adakalanya ketika berbicara dia, tidak mahu menerima teguran orang lain. Retinyer, perkataan dia je yang betul, dan tk mahu mengaku salah walopun memang dia salah.

Apa ciri orang takabur itu? Rasulullah SAW bersabda, "Kesombongan adalah mendustakan kebenaran dan merendahkan orang lain."
Mudah marah dan kasar. Sering menghina, mencaci maki. Jarang sekali mau memuji dan mengakui kelebihan orang lain. Jarang berterima kasih. Tidak mau meminta maaf. Pantang menerima kritik dan saran. Tidak suka bermusyawarah. Tidak mau mengakui kesalahan atau kekurangan. Sering dengki pada yang lain.


-diambil dari http://dzuckybrotherhood.blogspot.com/



Kata ima
m Al Ghazali;
Orang yang takabr itu adalah orang yang jika ditegur oleh orang lain, maka ia marah dan benci, dan jika ia menegur orang...di tegur dengan kasar.

demikianlah adanya. maka jika dilihat akan dirinya mulia dari orang lain atau sesuatu lain yang Allah jadikan di muka bumi ini, maka itu adalah takabur.

Ketahuilah bahawa orang yang mulia itu di sisi Allah, adalah orang yang takut akan Allah.

Firman Allah Taala yg bermaksud;
sesungguhnya orang yang terlebih mulia daripada kamu kepada Allah Taala itu iaitu orang yang terlebih takut daripada kamu akan Allah.

Maka anggaplah bahawa kita lebih hina dari semua orang di sekeliling kita ..lihat pada kanak-kanak. Berkatalah dalam hati..bahawa ini kanak-kanak yang tidak membuat maksiat...kanak2 ini lebih mulia dari aku..

lihat pula orang yang tua dari kita...lalu berbisiklah di hati memasing...bahawa orang tua ini telah berbuat banyak ibadah kerana telah hidup lebih lama dari aku...

*walopun ternyata orang tuha tu mang cam org tk sedarkan diri..bepoyer2 sana sini...
Sebab kita diseru merendah diri....kang klu kita kata org tuha tu jaat...kita seolah2 mengatakan diri kita ini baek amat...maka terkategori lah kita dalam golongan mutakbbir...orang takabur..!
mawu????

Seterusnya, bila kita lihat orang alim, berktalah dalam hati...orang ini Allah beri ilmu yang tiada diberikan pada aku... maka ia jawoh lebih mulia dari aku..

kmudian apabila melihat orang jahil dengan kejahilannya, maka katakan dalam hati, iskk....dia jahil, melakukan perkara yang tidak diketahuinya.....sebaliknya aku.....yang mengetahui...tpi tetap melakukan perbuatan seperti orang yang jahil juga... aper kess??? maka aku lebih hina dari orang yang jahil itu.. mana tahu, jika orang jahil itu bertaubat, lalu tiba2 Allah ambil nyawanya...maka segala dosa2nya akan diampunkan oleh Allah Taala....sedangkan aku blm tawu lagi, gimana keadaan matiku? sempatkan aku bertaubat...atau ketika aku sedang lalai dan leka??

Nauzubillahiminzalik.

Bila melihat orang kafir...bisikkan dalam hati.. entah-entah dia ni nanti akan masuk Islam dan mati dalam ISlam...lalu mendapat keampunan Ilahi.. sedangkan aku ni dah sedia Islam...belum pasti lagi apakah aku akan mati dalam iman.

Mudahnya beramal itu...dengan bersangka baik, kita akan menghindari diri kita dari bersifat takabbur lalu memilik sifat merendah diri. Maka tidakkan berlaku umpat mengumpat, kutukmengutuk, cerca mencercai..
Bersangka baik llah salu dan selalulah memikirkan kelemahan dan kesalahan diri sendiri dari memikirkan dosa orang lain....
*adakah ini bermaksud kita perlu membiarkan orang lain bergelumang dosa, tanpa menyeru mereka membuat kebaikan?

0 comments: